Showing posts with label niat berpuasa. Show all posts
Showing posts with label niat berpuasa. Show all posts

Monday, 9 August 2010

aku menangis kesyukuran..kau menangis? T_T

Assalamualaikum dan  salam sejahtera

sebak  dihati  meniti  ramadhan  yg  bakal  menjelma

salah seorang sahabat  ijai  telah  diduga  dengan   pemergian  ibu  tercinta
Takziah  dan  Al-fatihah  untuk  ibu sahabat  ijai
ibu Farid  telah bertarung  dengan  penyakit  kanser peparu
setelah  lama berjuang  menentang kanser
pada  malam 7 hb Ogos. ibu  tercinta sahabat ijai
telah menghembuskan  nafas  terakhir dan  bertemu Ilahi

sehari  sahaja  lagi  kita  akan  bertemu  dengan  ramadhan

bulan seribu  rahmat

pernah  tak  kita  terfikir
adakah  kita berpeluang  untuk bertemu  dengan  ramadhan  kali  ini

kita  sangat  bertuah kerana,
kita  masih  bernafas  dan  berpeluang  bertemu  dengan  bulan  yang  penuh  rahmat  ini

adakah  kita  akan menghayati  ramadhan  kali  ini  dengan  sempurna?

adakah  ini  ramadhan  terakhir  kita?
adakah kita  betul-betul akan menyempurnakan  ibadah  puasa  kita  kali ini

berpeganglah  dengan  kata-kata  ini

kalau  kita  nak  berkerja,
bayangkanlah yang  kita  akan  hidup untuk seribu  tahun  lagi
bersungguh-sungguhlah bekerja

kalau  kita  beribadat,
bayangkanlah seperti   kita  akan  mati esok hari
semoga amalan ibadat yang  kita laksanakan
adalah seikhlas  dari  hati  pendosa  yang  inginkan  keampunan dariNya

.rate.

Related Posts with Thumbnails