Assalamualaikum dan salam sejahtera
sebak dihati meniti ramadhan yg bakal menjelma
salah seorang sahabat ijai telah diduga dengan pemergian ibu tercinta
Takziah dan Al-fatihah untuk ibu sahabat ijai
ibu Farid telah bertarung dengan penyakit kanser peparu
setelah lama berjuang menentang kanser
pada malam 7 hb Ogos. ibu tercinta sahabat ijai
telah menghembuskan nafas terakhir dan bertemu Ilahi
sehari sahaja lagi kita akan bertemu dengan ramadhan
bulan seribu rahmat
pernah tak kita terfikir
adakah kita berpeluang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini
kita sangat bertuah kerana,
kita masih bernafas dan berpeluang bertemu dengan bulan yang penuh rahmat ini
adakah kita akan menghayati ramadhan kali ini dengan sempurna?
adakah ini ramadhan terakhir kita?
adakah kita betul-betul akan menyempurnakan ibadah puasa kita kali ini
berpeganglah dengan kata-kata ini
kalau kita nak berkerja,
bayangkanlah yang kita akan hidup untuk seribu tahun lagi
bersungguh-sungguhlah bekerja
kalau kita beribadat,
bayangkanlah seperti kita akan mati esok hari
semoga amalan ibadat yang kita laksanakan
adalah seikhlas dari hati pendosa yang inginkan keampunan dariNya
Showing posts with label malam lailatul qadar. Show all posts
Showing posts with label malam lailatul qadar. Show all posts
Monday, 9 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
